Friday, 16 October 2015

Coret coret Kemerdekaan


PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

Alhamdulillah, negara Malaysia kini menjadi negara yang maju dengan era globalisasi yang bersaing dengan negara-negara luar . Pemimpin yang cerdik pandai menjadi idola buat rakyat Malaysia yang kini bertatih untuk memperjuangkan keamanan dan semangat perpaduan yang teguh serta menaikkan lagi nama Malaysia dipersada dunia.Terima kasih buat pemimpin negara Malaysia yang bertungkus lumus untuk memerdekakan negara ini dari dibelenggu dan dijajah orang luar.Jasa mu amat besar buat negara ini . 






 




Wednesday, 14 October 2015

RUKUN NEGARA

Rukun Negara 

 Rukun Negara

Bahawasanya Negara kita iaitu Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
  • Memelihara satu cara hidup demokratik.
  • Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai?

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk?

Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara

a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.


d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



Wednesday, 7 October 2015

ISU SEMASA

Satu Perhimpunan Raksasa HIMPUNAN RAKYAT telah diadakan di BUKIT BINTANG pada 16 September 2015 . Seluruh orang melayu ahli UMNO dan PAS dijangka memenuhi Bukit Bintang tanda Solidariti diatas perbuatan Kurang Ajar Komunis Cina bentuk baru a.k.a DAP . 

Semasa BERSIH 4.0 orang-orang Cina Menghina-hina dan memijak-mijak kepala Haji Hadi dan Perdana Menteri Islam Melayu. 

Semua umat islam dan orang Melayu dijemput hadir untuk menunjukkan kepada orang - orang Cina yang kurang ajar bahawa masa orang Islam bersabar sudah tamat,kesabaran sudah hilang. 

Para Ayahanda,PEKIDA,PERKASA,Persilatan Melayu, NGO-NGO Melayu dijemput menunjukkan soladiriti . Askar Melayu daripada RAMD dijemput membantu. 

 

TARIKH: 16 SEPT 2015
       MASA:12TGH-12MLM
        TEMPAT:BUKIT BINTANG 
        BAJU:MERAH    

(Ayuh bangsa MELAYU bangunlah pertahankan Rasulullah SAW. dan pemimpin Islam Negara kita yang dihina oleh cina DAP Komunis Baru ) 

 

APAKAH OBJEKTIF MEREKA? 

HIMPUNAN RAKYAT BERSATU MENGGARISKAN LAPAN OBJEKTIF UTAMA: 
  1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan 
  2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan . 
  3. Mendesak kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya . 
  4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia . 
  5. Menurut kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera 
  6. Menyarankan kepada kerajaan agar akta keselamatan dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin . 
  7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap . 
  8. Memastikan tiada lagi perhimpunan seperti BERSIH di masa-masa akan datang.

        

Saturday, 3 October 2015

BUNGA KEBANGSAAN

                                                                    BUNGA RAYA

MENGAPA DIPILIH?

    Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

    Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA


    Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni.

    Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.

Friday, 2 October 2015

JATA NEGARA MALAYSIA


Setiap Negara mempunyai logo Negara mereka tersendiri. Bagi Malaysia logo Negara juga dikenali sebagai jata Negara. Jata Negara mempunyai loga yang unik dan menarik.Tujuan logo jata Negara diwujudkan adalah untuk memberikan semangat cinta akan Negara kita sendiri.Kita patut berasa bangga dengan logo jata Negara kita.





 
 
 
 LOGO JATA NEGARA MALAYSIA
 
          
 
 

Lambang Malaysia atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkadung dalam Persekutuan Malasia,dan Kerajaan Persekutuan,manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor,Kedah,Kelantan dan Terengganu


 
 
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu.



Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu  itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.Warna kuning pula melambangkan warna  Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.





Thursday, 1 October 2015

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Apa yang akan diceritakan disini pada kali ini ialah mengenai bagaimana bendera Malaysia ini wujud? Siapakah yang membuat rekaan bendera tersebut? Pada tahun bilakah negara Malaysia menggunakan jalur gemilang sebagai bendera rasmi negara Malaysia? dan sebagainya,

Jadi bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam kami harap anda sudi membaca post kami pada kali ini. Harap dengan ini dapat membantu anda untuk lebih mengenali Malaysia.

Kali ini kami akan berkongsi dengan cara atau kaedah soal jawab. Dengan ini kami harap anda tidak berasa bosan dengan kaedah yang digunakan kami juga akan cuba untuk sentiasa menaik taraf blog kami agar mudah difahami dan disenangi ramai. minta maaf atas kekurang yang berlaku.


SOALAN 1: Bagaimanakah bendera Malaysia ini diwujudkan?

JAWAPAN: 

  • Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Jawatankuasa tersebut ialah Majlis Raja-raja Melayu yang ditubuhkan pada 1949.
  • Dengan ini wujudnya pertandingan untuk mereka bendera tersebut.
  • Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.


SOALAN 2:Siapakah yang mencipta benda Malaysia?

JAWAPAN:

  •   Allahyarham Mohamed Hamzah.


SOALAN 3:Pada usia berapakah beliau mencipta bendera Malaysia?
 
JAWAPAN:

  • Pada usia beliau 29 tahun.

SOALAN 4:Bagaimanakah rekaan 3 finalis pertandingan tersebut?

JAWAPAN:

  • Rekaan pertama membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima.
  • Rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
  • Rekaan ketiga menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri .

SOALAN 5:Pada tahun bilakah bendera Malaysia dikibarkan?

JAWAPAN:

  • Pada 26 Mei 1950, bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur.


 




      

Friday, 25 September 2015

NEGERI DAN WILAYAH DALAM MALAYSIA

Pada kali ini kami ingin berkongsi pengetahuan ataupun ilmu yang kami ketahui menggenai bilangan negeri dan wilayah yang ada di Malaysia. Selain itu, kami juga ingin berkongsi mengenai ibu negeri yang ada di setiap negeri. Kami harap anda dapat memahami dan mengetahui mengenani malaysia dengan lebih mendalam.

NEGERI DAN IBU NEGERI:
  1. Flag of Kuala Lumpur, Malaysia.svg Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Flag of Labuan.svg Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Flag of Putrajaya.svg Wilayah Persekutuan Putrajaya


SLIDE PEMBENTUKAN MALAYSIA


            Slide ini disediakan berdasarkan tajuk kajian kami iaitu pembentukan malaysia yang diberikan oleh pensyarah kami. Jadi kami ingin berkongsi sedikit ilmu bersama pelajar yang lain yang ditugaskan untuk membuat kajian mengenai bab ini. Slide ini mempunyai sedikit kekurangan kerana tidak semua manusia sempurna. Jadi kami harap anda semua dapat memahami dan berkongsi sedikit ilmu bersama kami jika kami ada melakukan kesalahan dalam ilmu yang dikongsi.

Saturday, 19 September 2015

ISU BRUNEI DAN SINGAPURA

 

Malaysia akhirnya ditubuhkan pada 16 September 1963.Namun sebelum itu, Brunei yang sebelum ini termasuk dalam wilayah cadangan pembentukan Malaysia telah menarik diri. Singapura pula bersama Malaysia semasa ia ditubuhkan. Walaubagaimanapun, Singapura telah keluar dari negara ini selepas dua tahun sebahagian Persekutuan Malaysia. 


BRUNEI 
Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan kemasukan Brunei dalam persekutuan Malaysia kerana beberapa permintaan beliau tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah tanah melayu. 

Antara tuntutan Brunei seperti berikut: 
  • Menguasai semua hasil minyak
  • Memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal
  • Mengekalkan semua pelaburannya
  • Mengekalkan kadar percukaian yang rendah
  • Meneruskan program pendidikan dan kebajikan 
  • Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
         Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja- Raja dikira daripada tarikh baginda menjadi Sultandan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.

         Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman tapi Sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perrjanjian Malaysia . Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak pertimbangkan secukupnya.

          Seterusnya , selain baginda A,M Azahari yang memimpin rakyat Brunei telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Mesyuarat Undangan negeri Brunei bagi menyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei tetapi kerajaan British menangguhkan perbincangan memorandum.Hal ini membangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei . 

          Kemuncak kepada penentangan ini , Parti Rakyat Brunei telah mencetuskan pemberontakan bersenjata kepada 8 Disember 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri supaya menolak penyertaan mereka. Dalam hal itu Indonesia secara terang terangan menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei dan parti ini mendapat bantuan daripada Parti Komunis Indonesia (PKNI). Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantahan kerajaan British dan perseketuan Tanah Melayu. Namun, fenomena ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan Brunei boleh menimbulkan masalah politik. Justeru , penyertaan Brunei ke dalam Malaysia dibatalkan.      


                                                                                                                                                            
   
 
SINGAPURA

          Sebelum pembentukan Malaysia lagi Lee Kuan Yew telah menegaskan walaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura sendiri.Hal ini ditegaskan kerana Lee Kuan Yew ingin memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.

          Pada 23 Ogos 1961, mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dan mencapai persetujuan atas beberapa perkara . Antara perkara tersebut ialah menyatakan aspek pertahanan , hubungan luar dan keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan.Walaupun bagaimanapun , soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura . Perkara ini menjadi bidang kuasa Persekutuan Tanah Melayu dan negeri -negeri Melayu . Semua perkara tersebut termaktub didalam kertas putih dan di isytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.Selain itu,jumlah pewakilan Singapura  yang akan masuk ke dalam Dewan Rakyat telah ditetapkan , iaitu seramai 15 orang.

          Setelah 2 tahun Singapura berada di dalam Malaysia , hubungan Tanah Melayu dan Singapura menjadi mula menjadi tegang . Hal ini kerana banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu . Antara isu yang timbul menjadi perbahasan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman . Bagi aspek ekonomi,Tanah Melayu , Singapura,Sabah dan Sarawak telah sepakat meemajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama.

          Dalam hal ini , barang-barang yang dihasilkan digunakan dalam negeri dan bukan untuk diekspot ke luar negara. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama . Namun, apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai . Keadaan ini mengecewakan Singapura.

          Dalam soal parti dan perkauman , Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman . PAP cuba untuk mengambil perhatian bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan memajukan orang cina.Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu . Dalam hal ini , PAP seakan akan melupakan pengorbanan orang melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu . Keaadaan ini juga telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan ini lebih teruk apabila Singapura memperjuangkan persamaan hak dan Kempan Malaysia untuk orang Malaysia yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew.

          Untuk merealisasikam cita-cita ini , Singapura telah membentuk 'United Opposition Front' yang kuat memperjuangkan konsep persamaan hak dan 'Malaysia Untuk Orang Malaysia'. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan tetapi tidak berjaya . Akhirnya, pada bulan Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.                      


Saturday, 15 August 2015

SURUHANJAYA COBBOLD




Antara syor Suruhanjaya Cobbold :
-Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan Ogos 1962
-Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia
-Kuasa autonomi dan jaminan khas dalam beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak
-Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak
-Kuasa Imigresen dan agama masih di bawah Dewan Undangan di Sabah dan Sarawak

REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN

Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri:



SINGAPURA
-Lee Kuan Yew menunjukkan minat yang ketara
-Terdapat tentangan apabila pengaruh parti serpihan People's Action Party (PAP) seperti parti sosialis bernama United People's Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura mengikut ideologi mereka
-PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihanraya kecil

       


BRUNEI
-Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh daripada rakyat
-Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih dahulu
-Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea penggabungan
-Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M.Azahari menentang dengan membawa idea gabungan  Borne Utara British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara
-Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British

SABAH DAN SARAWAK
-Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk atas atasan inginkan kemerdekaan daripada pihak inggeris
-Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung
-Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang Melayu terhadap bukan Melayu
-Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak
-Di Sabah, Parti UNKO (United National Kadazan Organization ) dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia


MALAYA
-Sebelum 1961 terdapat golongan dalam UMNO  yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura
-Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan mereka lenyap
-PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan mencadangkan konsep MAPHLINDO yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia



BRITAIN
-British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga kepentingan pelaburan mereka
-Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan merasakan penggabungan ini dapat menjamin keselamatan Singapura dan memberi kebaikan kepada pulau tersebut




Thursday, 13 August 2015

KENALI MAKNA SETIAP WARNA BENDERA MALAYSIA










           Pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai bendera Malaysia yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Setiap negara mempunyai bendera mereka yang tersendiri, jadi kami rumuskan disini bahawa setiap negara mempunyai bendera mereka tersendiri iaitu lambang kepada negara meraka. Sebelum kami berkongsi mengenai bendera Malaysia, kami harap anda dapat memahami mengapa wujudnya bendera disetiap wilayah, negeri, daerah dan juga negara.

            Bendera Malaysia ini dikenali sebagai Jalur Gemilang yang mempunyai 14 jalur melintang berwarna merah dan putih yang sama lebarbbermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih disebelah bawah. Jalur ini sebagai tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan Persekutuan iaitu Melaka, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.

           Seterusnya bahagian berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah sehingga ke jalur warna merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru itu mengandungi anak bulan yang membawa maksud agama Islam iaitu agama rasmi bagi Persekutuan. Bintang 14 itu pula tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan hintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA

 POLITIK 

1.   MENGELAK ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS                                                        

  • Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)
  • People's Action Party berhaluan kiri tubuhkan barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Ching Siong. Kekalahan PAP dalam pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura .  
  • Perkembangan yang berlaku di Singapura membincangkan Tunku Abdul Rahman, Penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh komunis. Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak dipengaruhi ideologi komunisme.  

              2.    MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN        
                                                                         
 ▪  Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura , Brunei,Sabah, dan Sarawak serta dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara               

EKONOMI

                    1.     KERJASAMA EKONOMI                                                                                                          
  
     ▪ Negara -negara anggota kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu untuk faedah ekonomi
    ▪ Persekutuan Malaysia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu kaya dengan      bijih timah dan Brunei dengan sumber minyak.

SOSIAL

              1.          KESEIMBANGAN KAUM   
                                                                                                          -
  • Percantuman dengan Singapura boleh menimbulkan masalah kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu .Lebih 75% penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina . Komposisi kaum Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu. Bagi keseimbangan kaum, Sabah, Sarawak perlu digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra


Tuesday, 11 August 2015

KRONOLOGI PEMBENTUKAN MALAYSIA

 



  • 31 Ogos 1957,Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Tunku Abdul Rahman mencadangkan supaya Brunei , Sabah dan Sarawak digabungkan. 
  • British menyarankan Singapura digabungkan sekali .  
  • 27 Mei 1961, Hotel Adelphi Singapura Tunku Abdul Rahman umumkan Gagasan Malaysia. 
  • 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) dibentuk untuk menerangkan tentang gagasan kepada orang ramai serta kumpul pandangan. 
  • Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. 
  • Ogos 1662, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) -BINCANG HAK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK 
  • 6 Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malbrough House ,London . 
  • 16 September 1963, Malaysia merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,Sarawak dan Singapura.    

Monday, 10 August 2015

SITUASI PERBINCANGAN

 
Pihak Malaya dan Singapura Memainkan Peranan Penting Dalam Kempen Membentuk Malaysia    



                                             

Sunday, 9 August 2015

MUKADIMAH

           

Terbentuknya kerajaan Malaysia,


            Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru telah ditubuhkan di bawah nama Malaysia. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Kesultanan Brunei pada mulanya, menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi menarik diri kerana kebanyakan besar rakyat Brunei menentang idea tersebut. pada tahun 1965, Singapura telah keluar dari Malaysia. Pada awal penubuhan ini banyak berlakunya masalah seperti cubaan Indonesia untuk menakluki Malaysia dan Filipina pula telah menuntut Sabah.