Thursday, 13 August 2015

KENALI MAKNA SETIAP WARNA BENDERA MALAYSIA










           Pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai bendera Malaysia yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Setiap negara mempunyai bendera mereka yang tersendiri, jadi kami rumuskan disini bahawa setiap negara mempunyai bendera mereka tersendiri iaitu lambang kepada negara meraka. Sebelum kami berkongsi mengenai bendera Malaysia, kami harap anda dapat memahami mengapa wujudnya bendera disetiap wilayah, negeri, daerah dan juga negara.

            Bendera Malaysia ini dikenali sebagai Jalur Gemilang yang mempunyai 14 jalur melintang berwarna merah dan putih yang sama lebarbbermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih disebelah bawah. Jalur ini sebagai tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan Persekutuan iaitu Melaka, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.

           Seterusnya bahagian berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah sehingga ke jalur warna merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru itu mengandungi anak bulan yang membawa maksud agama Islam iaitu agama rasmi bagi Persekutuan. Bintang 14 itu pula tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan hintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

No comments:

Post a Comment