Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri:
SINGAPURA
-Lee Kuan Yew menunjukkan minat yang ketara
-Terdapat tentangan apabila pengaruh parti serpihan People's Action Party (PAP) seperti parti sosialis bernama United People's Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura mengikut ideologi mereka
-PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihanraya kecil
BRUNEI
-Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh daripada rakyat
-Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih dahulu
-Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea penggabungan
-Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M.Azahari menentang dengan membawa idea gabungan Borne Utara British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara
-Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British
SABAH DAN SARAWAK
-Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk atas atasan inginkan kemerdekaan daripada pihak inggeris
-Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung
-Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang Melayu terhadap bukan Melayu
-Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak
-Di Sabah, Parti UNKO (United National Kadazan Organization ) dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia
MALAYA
-Sebelum 1961 terdapat golongan dalam UMNO yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura
-Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan mereka lenyap
-PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan mencadangkan konsep MAPHLINDO yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia
BRITAIN
-British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga kepentingan pelaburan mereka
-Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan merasakan penggabungan ini dapat menjamin keselamatan Singapura dan memberi kebaikan kepada pulau tersebut
No comments:
Post a Comment