Friday, 16 October 2015

Coret coret Kemerdekaan


PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

Alhamdulillah, negara Malaysia kini menjadi negara yang maju dengan era globalisasi yang bersaing dengan negara-negara luar . Pemimpin yang cerdik pandai menjadi idola buat rakyat Malaysia yang kini bertatih untuk memperjuangkan keamanan dan semangat perpaduan yang teguh serta menaikkan lagi nama Malaysia dipersada dunia.Terima kasih buat pemimpin negara Malaysia yang bertungkus lumus untuk memerdekakan negara ini dari dibelenggu dan dijajah orang luar.Jasa mu amat besar buat negara ini . 






 




Wednesday, 14 October 2015

RUKUN NEGARA

Rukun Negara 

 Rukun Negara

Bahawasanya Negara kita iaitu Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
  • Memelihara satu cara hidup demokratik.
  • Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai?

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk?

Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara

a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.


d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



Wednesday, 7 October 2015

ISU SEMASA

Satu Perhimpunan Raksasa HIMPUNAN RAKYAT telah diadakan di BUKIT BINTANG pada 16 September 2015 . Seluruh orang melayu ahli UMNO dan PAS dijangka memenuhi Bukit Bintang tanda Solidariti diatas perbuatan Kurang Ajar Komunis Cina bentuk baru a.k.a DAP . 

Semasa BERSIH 4.0 orang-orang Cina Menghina-hina dan memijak-mijak kepala Haji Hadi dan Perdana Menteri Islam Melayu. 

Semua umat islam dan orang Melayu dijemput hadir untuk menunjukkan kepada orang - orang Cina yang kurang ajar bahawa masa orang Islam bersabar sudah tamat,kesabaran sudah hilang. 

Para Ayahanda,PEKIDA,PERKASA,Persilatan Melayu, NGO-NGO Melayu dijemput menunjukkan soladiriti . Askar Melayu daripada RAMD dijemput membantu. 

 

TARIKH: 16 SEPT 2015
       MASA:12TGH-12MLM
        TEMPAT:BUKIT BINTANG 
        BAJU:MERAH    

(Ayuh bangsa MELAYU bangunlah pertahankan Rasulullah SAW. dan pemimpin Islam Negara kita yang dihina oleh cina DAP Komunis Baru ) 

 

APAKAH OBJEKTIF MEREKA? 

HIMPUNAN RAKYAT BERSATU MENGGARISKAN LAPAN OBJEKTIF UTAMA: 
  1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan 
  2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan . 
  3. Mendesak kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya . 
  4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia . 
  5. Menurut kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera 
  6. Menyarankan kepada kerajaan agar akta keselamatan dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin . 
  7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap . 
  8. Memastikan tiada lagi perhimpunan seperti BERSIH di masa-masa akan datang.

        

Saturday, 3 October 2015

BUNGA KEBANGSAAN

                                                                    BUNGA RAYA

MENGAPA DIPILIH?

    Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

    Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA


    Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni.

    Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.

Friday, 2 October 2015

JATA NEGARA MALAYSIA


Setiap Negara mempunyai logo Negara mereka tersendiri. Bagi Malaysia logo Negara juga dikenali sebagai jata Negara. Jata Negara mempunyai loga yang unik dan menarik.Tujuan logo jata Negara diwujudkan adalah untuk memberikan semangat cinta akan Negara kita sendiri.Kita patut berasa bangga dengan logo jata Negara kita.





 
 
 
 LOGO JATA NEGARA MALAYSIA
 
          
 
 

Lambang Malaysia atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkadung dalam Persekutuan Malasia,dan Kerajaan Persekutuan,manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor,Kedah,Kelantan dan Terengganu


 
 
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu.



Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu  itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.Warna kuning pula melambangkan warna  Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.





Thursday, 1 October 2015

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Apa yang akan diceritakan disini pada kali ini ialah mengenai bagaimana bendera Malaysia ini wujud? Siapakah yang membuat rekaan bendera tersebut? Pada tahun bilakah negara Malaysia menggunakan jalur gemilang sebagai bendera rasmi negara Malaysia? dan sebagainya,

Jadi bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam kami harap anda sudi membaca post kami pada kali ini. Harap dengan ini dapat membantu anda untuk lebih mengenali Malaysia.

Kali ini kami akan berkongsi dengan cara atau kaedah soal jawab. Dengan ini kami harap anda tidak berasa bosan dengan kaedah yang digunakan kami juga akan cuba untuk sentiasa menaik taraf blog kami agar mudah difahami dan disenangi ramai. minta maaf atas kekurang yang berlaku.


SOALAN 1: Bagaimanakah bendera Malaysia ini diwujudkan?

JAWAPAN: 

  • Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Jawatankuasa tersebut ialah Majlis Raja-raja Melayu yang ditubuhkan pada 1949.
  • Dengan ini wujudnya pertandingan untuk mereka bendera tersebut.
  • Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.


SOALAN 2:Siapakah yang mencipta benda Malaysia?

JAWAPAN:

  •   Allahyarham Mohamed Hamzah.


SOALAN 3:Pada usia berapakah beliau mencipta bendera Malaysia?
 
JAWAPAN:

  • Pada usia beliau 29 tahun.

SOALAN 4:Bagaimanakah rekaan 3 finalis pertandingan tersebut?

JAWAPAN:

  • Rekaan pertama membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima.
  • Rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
  • Rekaan ketiga menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri .

SOALAN 5:Pada tahun bilakah bendera Malaysia dikibarkan?

JAWAPAN:

  • Pada 26 Mei 1950, bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur.